Total Pageviews

Monday 16 April 2018

RESIPI TELUR MASAK SAMBAL, IKAN TENGGIRI KICAP DAN SAYUR LABU REBUS DAN DAUN SABUNG

Telur Masak Sambal
CARA MEMBUAT

1.  Rebus telur hingga keras.
2.  Goreng hingga golden.
3.  Blend cili kering, bawang besar, halia hingga hancur (tak perlu hancur sangat).
4.  Panaskan minyak untuk menumis.
5.  Tumis semua bahan blend hingga pecah minyak.
6.  Masukkan air asam jawa dan sedikit belacan.
7.  Masukkan gula, garam (ikut citarasa) sendiri.
8.. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau.
9.  Angkat dan hidang bersama nasi panas-panas.

(sukatan bahan ikut sendiri)

Ikan Tenggiri Masak Kicap


CARA MEMBUAT

1.  Goreng kepingan ikan tenggiri yang segar hingga masak.  
2.  Angkat dan letak ditepi.
3.  Blend bawang merah, putih, halia.
4.  Tumis bahan blend hingga pecah minyak dan masukkan kulit kayu manis.
5.  Masukkan kicap manis pedas hingga mendidih.
6.  Masukkan air asam jawa (sedikit) dan biarkan mendidih.
7.  Masukkan gula secukup rasa dan biarkan mendidih.
8.  Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan hirisan tomato, cili besar serta          
     bawang besar.
9.  Biarkan seketika.  Pastikan api ketika memasak sederhana besar k.
10.  Kalau dah 'mesra' boleh angkat dan hidangkan.

(sukatan bahan ikut sendiri)

LABU DAN DAUN SABUNG (Iban language) REBUS

CARA MEMASAK

1.  Buang kulit labu dan hiris cube.
2.  Daun sabung buang tulang tengah dan pulas sikit.
3.  Rebus labu dengan ikan bilis tumbuk, halia, cili padi dan serai titik.
4.  Perasa dengan garam dan gula secukup rasa. 
5.  Bila labu dah lembut masukkan daun sabung hingga layu (sekejab saja k.)
6.  Angkat dan hidangkan.

(Daun sabung boleh didapati ditamu atau pasar basah di Sarawak)
u.  Daun ini sangat tinggi fibre.  Dikutip di hutang/kebun. 
Yang penting tiada baja ha..ha)



PENTINGNYA PENDIDIKAN MORAL UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP

2018 adalah tahun ke lima mengajar kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Moral.  Kursus ini khusus untuk pelajar bukan islam yang berdaftar dengan IKM Bintulu sama ada diperingkat sijil atau diploma.  

Untuk pelajar semester satu sijil mereka belajar berkaitan dengan Asas Etika dan Moral. Manakala pelajar semester dua peringkat sijil, mereka belajar berkaitan dengan Teori Etika dan Konflik Moral. Objektif kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas berkaitan dengan moral yang ada pada setiap agama di Malaysia seperti Kristian, Buddha, Islam, Toa dan Sikh, teori etika serta cara untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh individu, masyarakat, negara dan alam ini.

Saya begitu tertarik dengan isi kandungan untuk kursus Teori Etika dan Konflik Moral iaitu teori etika, agen moral dan strategi penyelesaian konflik moral.  Isi kandungan ini sangat relevan untuk diajar kepada pelajar saya yang dalam lingkungan usia 18 hingga 23 tahun.  Pada usia yang penuh dengan pancaroba, setiap hari mereka menghadapi pelbagai jenis konflik sama ada yang berkaitan dengan pelajaran, ekonomi, emosi serta peribadi.  Saya secara peribadi saya rasakan pelajar dalam usia ini sangat memerlukan kemahiran untuk menyelesaikan konflik yang mereka hadapi setiap hari sebagai anak, pelajar, masyarakat serta warganegara Malaysia.